02 March 2013

Maggi Mamee Chef





Dah pernah try Maggi Mamee Chef? Anda patut cuba sekarang! Maggi ni lain dari yang lain. Kuah tak cair cam Maggi biasa, pekat sikit. Perencah dia pulak, bukan setakat serbuk dengan minyak tu je, dia ada tambah extra sayur kering ngan udang kering kecik kecik. Aku dapat tau kewujudan Maggi ni mase tengok Malaysia Hari Ini. Chef Tak Ingat Namanya ada buat demo pasal Maggi ni dan aku sebagai rakyat Malaysia yg mudah terpengaruh, mulalah memulakan operasi pencarian Maggi ini. Tidaklah sesusah mana mencarinye pun, ada je kat Pasaraya Grand Union dekat dekat dengan rumah aku. Kat Tesco tak carilah pulak. Harga dia dalam 5 ringgit lebih. Bolehlah kot untuk student yg duit PTPTN atau JPA baru masuk beli. Heheh. Kalau tengah sengkek, tak cari kot Maggi ni, cari cap lain kot T___T

 Dah lama sebenarnya aku tak makan Maggi. sobs sobs. Ni pun sebab aku kat rumah cuti sem maka, bolehlah makan. Bukan apa, aku sekarang tak duk kolej, duk luar. Jadi, bila difikirkan kos untuk membeli telur 10biji dimasak bersama nasi putih dan dimakan selama seminggu lebih jimat dari membeli sepeket Maggi malah lebih khasiat! Kalau duk kolej lain cerita, mana boleh masakkk iyakan dong? Jadi, Maggi akan menjadi sasaran utama student untuk dibaham. wahh. Hmm, setakat ni aku baru jumpa perisa Tom Yam Yam Yam. Perisa lain belum jumpa lagi. Eh, ke dia memang 1 perisa je? Eh, ke perisa lain belum wujud lagi? Eh? Eh? Entah.



The udang dan sayur!

The perencah!

The Maggi! Bulat woo

Zizan Razak as Duta Mamee! 

GRACIAS

23 February 2013

Setia Hujung Minggu & Al-Fatihah


Assalamualaikum.

Entri ini adalah sangat tidak berkaitan dengan drama Setia Hujung Nyawa dan diharap para peminat drama tersebut tidak kecewa. Dan penulisan tajuk entri ini adalah bukan typo secara tidak sengaja. Memang sengaja tulis tajuk sebegitu rupa. Dan diharap para peminat drama tersebut tidak melarikan diri ke tempat lain dan diharap mereka terus menghabiskan membaca entri ini. Hokayh! *kedip kedip mata* Kemain banyak perkataan 'Dan' disitu. Jangan salah faham, aku bukan peminat Lin Dan dan masih setia bersama Chong Wei. Eh, itu hari yg game terbuka tu Chong Wei menang ke tak eh? *tetiba*

Nak dijadikan cerita, sebaik saja aku habis exam and start cuti semester, berderet kenduri kahwin aku attend. Tiap tiap hujung minggu (tu yang aku tulis tajuk entri Setia Hujung Minggu tu) sama ada hari sabtu atau ahad atau kedua duanya sekali, ada je kenduri kahwin. Tak kiralah kenduri saudara mara, kawan papa dan sebagainya. Jap aku kira, emm, hah 4 minggu berturut2.  Nak tak nak aku kena ikut jugak sebab mama yang suruh jugak ikut. Lagipun duduk rumah je bosan pulak. Bila lagi kan kite nak kenal sepupu sepapat, dua pupu dua papat, tiga pupu tiga papat, empat pupu? Ok cukup.

1) Sabak Bernam


Mama memakai tudung kuning sedang memeluk bahu nenek saudara yg comel ;) Disebelah kiriku terletaknya adik bongsuku yang tingginya mengalahkan Kwang Soo (Runningman)


2) Golf Club Bkt Beruntung & Felda Trolak, Perak 



Kenduri kawan mama kat Bukit Beruntung.
(p/s: Baca doa dulu sebelum ngapp)



Yang ni di Trolak. Pengantin yang sweet sama cantik sama padan bagai pinang dibelah seploh.

Yeayy, aku suka kenduri yang ada tulis2 camni. Apa tu orang panggil, entah lupelah. Nanti kalo aku ingat,
aku tulis semula. heh


3) Bandar Tun Razak



4) Ampang


Adik bongsu yang tinggi macam Kwang Soo.


Aku juga suka kenduri yang ada Candy Buffet! Candy Buffet ni boleh tempah online je. Bila kita tempah, nanti dia akan buka satu stall kat kenduri tu and will be decorated comel comel ikut kehendak kita. Macam macam cekelat ada. Chocolate fountain cicah marshmellow, jajan, lollipop and macam macam jenislah. Biasanya budak2 sukalah benda benda cenggini tapi aku yg umur nak masuk 21 ni pun suka jugak tahu. Selalunya candy buffet ni cepat je habis. Maka, bersiap sedialah berebut dengan bebudak kecik.

AL-FATIHAH

Tamat sudah kenduri 4 minggu kenduri berturut-turut and i was wondering ada lagi ke kenduri pada minggu yang seterusnya? Dan rupa-rupanya memang ada cuma bukan kenduri kahwin tapi kenduri tahlil arwah embahku yang baru meninggal :'( Baru je seminggu sebelum arwah embah meninggal, arwah ada datang rumah duduk kat rumah jap pastu kami hantar ke Kampar yakni rumah makcik sedara dan arwah embah memang duduk kat situ sebab, embah saya yang lelaki dah lama pergi. Dan masa yang arwah duduk kat rumah kitorang tu, sempat jugakla bawak dia pergi kenduri kat Bandar Tun Razak. Dan kat situlah kali terakhir dia jumpa adik-beradik and saudara mara. Semua berkumpul masa kenduri tu. Dan juga kat bawah ni merupakan gambar terbaru dan terakhir embah. Sayang embah sangat2 ! Rindu embah :'( 
17hb 2 (Ahad) adalah tarikh arwah embah pergi dan harini hari Ahad, maka genaplah seminggu arwah embah pergi.



Paling hujung baju warna merah tulah arwah embah aku. Sebelah arwah embah tu, kakak kepada arwah embah. Sebelah aku tu adalah mamaku. Masa ni kat HUKM melawat ayah saudara kepada ayah aku. Tak sangka, orang lain yg dihospital, embah yang pergi dulu. Apa apa pun, ini semua takdir Allah. Ajal maut semua ditangan Tuhan. Semoga roh arwah embah, Naemah binti Selamat dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah.

(p/s: Embah adalah panggilan untuk nenek dalam bahasa Jawa. hiks)




GRACIAS

 

100% Harta Benda dalam Blog ini adalah bukan SelenaGomez punya.