20 February 2008

Tutorial | Load Brush dalam Adobe Photoshope

Assalamualaikum.

Pagi ni aku nak share cara cara camana nak load brush yang cantik cantik masuk dalam Photoshope. Bosan kan dengan brush yang dah sedia ada tu? Okeh, lets begin!

1. Memula sekali of course la kena download dulu brush brush yang rasa berkenan kan. Korang boleh pergi sini kalau nak download : http://www.brusheezy.com/ atau http://www.brushking.eu/ atau http://fbrushes.com/ atau Google je, type 'Brush Photoshope'.

2. Contohnya, aku download kat sini http://fbrushes.com/ macam dalam gambar kat bawah ni.

Tekan download macam yg dalam kotak merah tu

3. Bila dah siap download, akan keluar satu zip file. Extract file tersebut di Desktop kalau nak senang cari. Dan copy file yang berformat .abr kedalam file Adobe Photoshope kamu. Camana nak cari file Adobe Photoshope? Okeh, pergi sini,

C:\Program Files (x86)\Adobe\Adobe Photoshop CS5\Presets\Brushes

4. Paste file yang berformat .abr tadi kat folder Brushes tu.
5. Next, open your Adobe Photoshope, refer gambar kat bawah

Tekan Brush Tool > tekan anak panah kecik kebawah >
tekan anak panah kecik kekanan > tekan Load Brushes

Akan keluar satu pop-up window. Pilih file yang kamu masukkan tadi dan tekan Load!

6. Brushes yang baru kamu load tadi akan muncul kat bawah sekali dalam kotak Brush tu wokeh!

DONE! :)
GRACIAS

0 juri jemputan, 1 juri tetap (Comment here):

 

100% Harta Benda dalam Blog ini adalah bukan SelenaGomez punya.