14 February 2009

Tutorial | Ringankan Blog

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak sediakan satu tips mudah untuk mempercepatkan loading blog yang lambat macam broadband terlupa nak bayar T__T. Cara cara ni kemungkinan besar akan menjadi kecuali kalau connection internet yang tak betul atau yes, lupa nak bayar broadband! Kadang kadang tu, orang tengah bersemangat gila nih nak skodeng blog kamu, tapi hmmphh bila nak bukak je, 3hari 3malam agaknya baru boleh bukak. Sebelum orang tekan pangkah, baik tengok dulu tips tips ringankan blog nih wokey!

1. Kurangkan widget. Widget widget yang banyak kat sidebar bukan sahaja menyerabutkan blog, malah lagi memberatkan blog adalah. Widget yang bukan keperluan macam Jam Waktu tak perlu kot sebab kat rumah semua orang pun dah ada jam. Hah, kalau tak sempat berpaling tengok jam dinding pun, kat laptop, komputer kan ada jam? :)

2.Lagi, Background Music. Entah, aku kurang suka pergi blog yang ada lagu. Lagu mana? Lagu tu laa. Kadang kadang tu, terperanjat aku tetiba je keluar lagu. Terus pangkah. HEHE. Dahlah time tu volume tengah kuat kan. Bagi aku, kalau orang nak dengar lagu diorang bukak aje lagu dalam laptop kan senang. Tak rasa bising ke? Manalah tahu, time tu tengah dok dalam kelas ke, curi curi bukak blog, tup tup keluar lagu tetiba. Tak ke kantoi? HAH HAH. Dan sebetulnya, ini memberatkan blog. Hah, lagi satu. Pleaseee jangan letak Radio. Kamik datang nak baca blog bukan kamik nak dongar radio. Rumah kamik pun ada radio. Bila bila aje boleh putar dan pasang. EHEH.

3. Kurangkan penggunaan gambar juga saiz gambar. Makin banyak gambar dalam blog, makin beratla beban nak ditanggung blog. Tahula zaman makin canggih, kamera makin lama makin besauu. Saiz gambar pun makin lama makin besauu sampai terlupa nak kecikkan bila upload kat blog. Maka, sebelum nak upload ke blog ke facebook ke, kecikkanlah dulu saiz gambar tu, baru cepat masa yang diambil untuk upload gambar kedalam blog dan cepat masa orang lain nak loading ke blog anda. Wokehh?

4. Tips yang keempat adalah tips penjagaan berat badan blog yang harus dititikberatkan. Seminggu sekali, seminggu dua kali ke tiga kali ke, atau eh, sukahati kau oranglah, jangan lupa timbang berat blog! Ha? Blog pun kena timbang ke? Macam mana rupa penimbang dia? Ada macam neraca tak? Tidakk. Anda hanya perlu masukkan URL blog dan tekan check sahaja! Kalau berat melebihi 100, thats mean your blog sedang obesiti. Kalau cukup cukup 100, itu seimbang tapi harus berjaga jaga. Dan kalau kurang daripada 100, anda sihat! :D Jom check kat Website Speed Test. Andai kata berat lebih daripada 100, pandai pandailah kamu buang apa apa yang patut hokehh?

5. Masukkan saja Jquery Lazy Load dan ringan! How to? Okay, cara ni paling aku suka. Masukkan saja benda ni dan memang proved! blog jadi lebih ringan :) Pertama sekali pergi Design > Page Elements > Add a gadget > HTML/Javascript. Copy kod kat bawah ni,

<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js">
<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "http://3.bp.blogspot.com/_LZtXSNcp76A/THkEtEOZfrI/AAAAAAAABRo/IARVMD_8TwA/s1600/grey.gif"
});
});</script>

Paste dalam HTML/Javascipt tadi. Di Content okay, bukan Title dan Save! :)

Semoga tips tips diatas membantu meringankan beban keberatan blog anda :D
GRACIAS

0 juri jemputan, 1 juri tetap (Comment here):

 

100% Harta Benda dalam Blog ini adalah bukan SelenaGomez punya.