28 July 2011

Mood puasa. Mood puasa. Mood puasa! Mari baca kelebihan berpuasa

Assalamualaikum.

Kalau dibilang dihitung dikira dihisab dengan jari kaki dan tangan, cuma tinggal lagi 4 hari lagi nak puasa ^__^ bestnya bestnya! hehee. Tambah tambah lagi bila bab buka puasa. fuhhh, tertelan air liur tengok makanan. Senang cerita bila pegi bazar ramadhan la. T__T



Credit to Mr Google

Air warna warni. Cakap je nak air colour apa, semua ada. Kalau macam tu, tiap tiap hari air lain lain. ^__^ Makanan pulak, tak payah cakap lah.

Cakap pasal puasa, nak tahu benefits dia tak? ahhh! baca jelah. T__T

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
” Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa..“

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

Antara fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan adalah:

1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka

Fadhilat yang lain-lain:

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Amal Ibadah di Bulan Ramadhan:

Dalam khutbah terakhir bulan Sya’ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:

1. Solat sunat Tarawih
2. Solat-solat sunat yang lain
3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
4. Memberikan hidangan berbuka puasa
5. Banyakkan membaca tahlil
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
8. banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

SOURCES

Dari segi kesihatan pulak:

Ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan.
Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.

All in all, terimalah, kehkehkeh ^__^


GRACIAS

15 juri jemputan, 1 juri tetap (Comment here):

Fatin Ayuni Bt Faizul said...

bila puasa..bende yg kita xleh nk tngok sekali of coz lah air..haha by the way nice blog dude..;)

Fasya said...

@Fatin Ayuni Bt Faizulthankss :) yupp, air lah dugaan kita pd hari puasa nanti :D

nana said...

akak pun x sabar nak puasa..hehe..akak LLB uum..:)

FARISZ@AZ.Com said...

bulan ramadhan jugalah banyaknya berlaku pembaziran. apa2 pun selamat menyambut bulan ramadhan =)

Fasya said...

@FARISZ@AZ.Comthat cant b denied :) masa puasa rasa nk mkn tu ini, tp bila dh berbuka, mkn mcm2, rasa kenyang pulak. makanan yg len pun xabes.. happy fasting :)

Fasya said...

@nanaowhh, peluang nk jdi lawyer makin dekat. bestnya jdi akak. hahaa. btw, happy fasting! :)

sue-sama said...

mak aihhh banyak nye komen die..berjuta2222..

hehehe...best kn dpt g bazar ramadhan..slmt berpuasa dan selamat bertambah amalan :)

Fasya said...

@sue-samawahahahah! angan je nii.. angan2 mat jenin :D slmt berpuasa jugaa :)

Dududu said...

fuhh bulan pose mang byk dugaan . tgk iklan megi pon teliur hehehe :P

Fasya said...

@DududuHAHA! tengok iklan gula gula pun terliur :D

salwaismail said...

thanks for sharing! :D

Aimifiqa said...

waaaa. sedaaap tgk mknn tu. hihi

Miaainis said...

Sdapnyaa air itu...=)

Fasya said...

@Miaainiswah wah, dugaan tu,dugaan tu.. haha :D

Fasya said...

@Aimifiqaoopss, cobaannnn :D

 

100% Harta Benda dalam Blog ini adalah bukan SelenaGomez punya.