12 December 2011

Better Late than Never

Assalamualaikum.

Fuhh, dah lama tak update nohh. Tak habis habis ngan 'Apa? Final Datang Lagi?, Apa? Final datang lagi?' Bosan aku tengok! hiheee T__T. Baca tajuk entry kali ni macam entrynya adalah sesuatu yang sangat penting je. HAHA. Mesti dalam kepala korang ingatkan macam: "Walaupun aku dah terlambat nak datang kelas yang lagi 5minit je nak habis, baik aku datang dari tak datang terus" kan kan kan? Kalau tak paham, buat buat paham jelahh ye ;p

Sebenarnyaa, apa yang better late than neverlah sangat ni berkaitan pasal bola. hihee. Orang lain semua dah post pasal bola Sukan Sea haritu. Aku je lambat. hiheee T__T

Cakap pasal bola, aku mula minat bola ni sebenarnya masa AFF Suzuki Cup 2010 haritu. Tambah tambah lagi lawan dengan Indonesia pulak kann. Memang bertambah2 la semangat kepatriotikan aku ni. T__T Jangan tak caye, ulangan Sukan Sea 2011 haritu pun aku tengok lagi. ishishish =,= Papepon, tahniah la untuk skuad Harimau Muda yang telah mengharumkan nama Malaysia dan sekaligus menjadikan Malaysia, Raja Asia Tenggara! kahkahkah T__T (ketawa kejam) Cakap pasal Harimau Muda, mesti semua orang ada pemain feveret sendiri kan? hehheh, dalam Sukan Sea hari tu, aku penyokong kuat pemain jersi nombor 10, 19 and 21 : Baddrol Bakhtiar, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, and of course Nazmi Faiz Mansor yg tengah hot sekarang nih. T__T









" />












Wahh, banyak pulakk gambarnye aku cilok kat Google sementara internet tengah ekspres ni. T__T
Masa Olympic Qualifier pulak, aku layan jugak. Time Malaysia lawan Bahrain, aku hampir hampir ingat Malaysia dapat kalahkan Bahrain sebab yelahh, Malaysia dulu yang sumbat 2 gol tambah tambah lagi Nazmi yang kecik tu yang score kan. Dahlah gol dia power kot, luar kotak penalti tu.. and diiktiraf sebagai gol ke-7 tercantik pada minggu tu. Gol kedua pulak, Mahali yg sumbatkan. Tapi, nak buat camana kan, aku memang betul betul speechless kot masa Bahrain sumbat 2 gol sekaligus dalam masa 6 minit. Serius aku tergamam. haha. Tapi, nak buat camane kann, dah rezeki diorang. ^__^

Okaylahh, aku stop dulu. Apa apa pun, aku sokong Harimau Malaya! jyeahhh! :p

Tiba tiba je ada gambar ni. Jeng jeng!
                                               

***Adalah sesuatu yang tak best bila gambar blur dan ada noise seperti gambar gambar diatas. Sorry :)
GRACIAS

0 juri jemputan, 1 juri tetap (Comment here):

 

100% Harta Benda dalam Blog ini adalah bukan SelenaGomez punya.