19 January 2012

Kartun yang Cartoon

Salam :)

Sejak dua tiga empat lima menjak ni, sejak aku duduk rumah ni, sejak aku cuti ni, cuti aku dipenuhi dengan kartun aje. Maksud aku cerita kartun. Bukanlah kartun tu datang cari aku. Huhu T__T Kenapa kenapa? Ini sebab time siang, takde cerita best melainkan kartun. HAHAA. Pagi pagi,mula mula aku tengok MHI atau Selamat Pagi Malaysia. Untung Malaysia ada rakyat macam aku. kikikikiki T__T Lepas tu, aku switch la channel DisneyJunior ke, Ceria ke, BabyTV ke. #BabyTvtuTipu O_O Sebab kedua pulak adalah untuk memuaskan hati adik adik kecik kat rumah ni. Taknak bagi diorang nakal, bukak jela TV tu. HUHU. Takde pasai aku nak tengok kartun sepanjang masa T__T #Tapi kadang kadang tu tertengokla jugak. kehkehkeh

Maka, disebabkan tertengok, aku nak listkan kartun kartun yang tertengok tu. Ini dia;


PORORO THE LITTLE PENGUIN



OSCAR OASIS ( FAVOURITE ^^)



MICKEY MOUSE CLUBHOUSE


TIMMY TIME


CHUGGINGTON


KAMPUNG BOY

YA ALLAH! dah macam Idola Kecil dah blog aku ni T__T Apa apa pun, aku paling suka Oscar Oasis. HAH HAH HAH. Kartun ni pun kadang kadang boleh merosakkan akal fikiran jugak. Terutamanya budak budaklah. Cerita macam Hagemaru, Crayon Shin Chan etc dan kebanyakkannya cerita yang datang dari Jepun ni, kelakar tu memanglah kelakar tapi ada maksud yang lain. Tengoklah Upin Ipin ke, Kampung Boy ke, baru best! Dulu aku suka tengok cerita lipas. Apa tu nama dia, hah, Oggy & the Coakcroaches. Geram gile dengan lipas tu rasa nak pijak pijak je!

Kartun ni ada dua kategori, satu 100% budak budak punya macam Dora the Explorer, Wonderpets kegemaran ramai atau macam dalam gambar kat atas. Kedua, kartun yang ada motif jalan cerita dia, macam anime contohnya Dragon Ball, Bleach, Detective Conan, Naruto, Slamdunk dan yang sekartun dengannya.
Lagi satu, dulukan musim Sailormoon dan aku rasa tak pernah pun tengok Sailormoon. Kalau tengok pun, kejap je. Taktahu pun cerita dia camana. HAH HAH HAH. Yang aku tau, rambut panjang, Jepun mari. Kalau gi sekolah, orang sibuk cerita pasal Sailormoon, aku angguk aje. Takpun, mulut ternganga.

Simpul simpulkan, kesimpulannya, kartun ni kalau jalan cerita dia baik, elok, memang tak membawa keburukan. Nak tengok, tengoklah. Tapi kalau dah jalan cerita dia tak elok yang boleh merosakkan akal fikiran, tengok aje cerita lain macam Ombak Rindu ke,,, ehh? HEH HEH, lagi teruk. Tengokla Bola Kampung. Best sikitt :)


GRACIAS

28 juri jemputan, 1 juri tetap (Comment here):

fieyona raias said...

nampak sangat idola kecil.kehkeh

done follow jangan lupe hit back:)
infieyonashoe.blogspot.com

Fasya said...

@fieyona raias hahahh, terpaksa tengok :p

'Aisya Salim said...

tengok katun boleh hilangkn stres :D

Fasya said...

@'Aisya Salim yeapp! betul tu aisya :)

emira shafiqa said...

haha . samelah ! tiap2 hari dok layan disney channel je ^^
*adik punye pasal

Fasya said...

@emira shafiqa tulaa, sampai kite2 skali terpengaruh. HAHA :D

Scya Lollita said...

comelllllll grrrrrrr . nak jdik bdak2 lgi

C!K NoRa said...

kartun mmg sgt best ok! hehe... jgnkan kt tv... kalo kt wayang pun mesti x miss nk tgok... hehe...

GBM said...

GBM pun suka tengok kartun. GBM layan barbie. hehe. Barbie comel!

Gadis mutiara_Solehah said...

Ok,citer kartun memang best,kadang2 layan je yang 100% kartun cam wonderpets sebab boring sangat=p.. ahaha^^

Fasya said...

@C!K NoRawahh.. ini nama dia peminat kartun tegar. hehehhhh :D

Fasya said...

@GBM
Barbie comel tp jarang tgok. hihee

Fasya said...

@Gadis mutiara_Solehah
hahaaa.
wonderpet,wonderpet kami dtg,
membantu kanak2 yg kesusahan,
kami xbesar,
dan kami xkuat,
lalalaa

*nyanyi rentak wonderpet :D

Cik tikah said...

cik tikah suka pororo gak. comel!

Fasya said...

@Cik tikahsgt comel! :p

ku nur said...

HAHA . aka fasya . comeyh sieyh cartoon nya . HAHA .

Yasmin Aris ♥ said...

saya suke kartun juge !! :DD

Arra Ahmad said...

kartun..suka tengok keluang man dengan usop sontorian..dulu..hehe

EIYAA RAZ said...

haha , haritu tertengok cerita timmy time. best gak! XD

Ahmad Ali (bukan nama sebenar) said...

datang baca HEE

Fasya said...

@Arra Ahmadha'ah kann.. keluang man pn best gak. HAHA, ala ala skema gitu kartunnya :p *kartun dulu dulu

Fasya said...

@EIYAA RAZcomel kan timmy time.. :D suka dia punye grafik, mcm 3D :D

sizuka said...

haha..
cetengok boboiboyy.. mmg bestt.. kelakaa..
orr.. tgk ctee katun ape ea..yang belayar di lautan.. besttt ;)

hehe.. saya tengok katun time cuti..layan anak2 buah..mmg bestt.. syoookkk wooo ;) hehehe

Fasya said...

@sizuka boboiboy the current hottest cartoon. lupe pulakk nk letak gmbr dia. hahaa :D

Fasya said...

@sizuka boboiboy the current hottest cartoon. lupe pulakk nk letak gmbr dia. hahaa :D

nazreen said...

kampung boy...!!
lame tak tengok...rindu pulak...huhu..XD

Limo Hire Melbourne said...

This is very nice... I like cartoons..

Anonymous said...

.

 

100% Harta Benda dalam Blog ini adalah bukan SelenaGomez punya.