09 January 2012

My Personal View : Muslimahs' Trend of Late Edition

Salam.

Fight your Monday blues people! Aku tahu, hari isninlah hari yg paling org taknak lalui termasuklah aku. (especially bila ada kelas, tapi bila cuti, 10 kali hari isnin pun aku sanggup T__T) Huhu. Eh, jap. Yang entri sebelum ni yg tidak bertajuk dan isi postingnya bertulis 'Test' adalah dihack semata-mata oleh adik aku ok. hihee. Apa jadahnye lahh aku nak tulis test entah kan.

Fine now people. Hampir berpusing pusing lalat kepala aku tengok sekarang ni ramai sangat gadis gadis ayu melayu yg terlibat dalam sesi photography. Yalah, mereka ada haknya pun. Jadi, sukati dioranglah kan. tapi aku sendiri pun tak faham apa tujuan fotografi tu. Mungkin ada sesetengah nak jadikan sebagai portfolio fotografer tu sendiri. Selebihnya? Mungkin jugak sebab sekarang ni, fashion dah jadi nombor satu menyebabkan ramai yang nak menonjolkan diri siapa yg lebih cantik, siapa yg paling cantik. Okay, kita keluar dari topik berfotografi. Bagi aku, kecantikkan seseorang tu bukan terletak dari segi luaran, tapi dalaman. Ecececehh. Tak perlu sibuk nak mencantikkan luaran untuk semua orang tengok tapi haruslah sibuk memperbaiki diri dari segi dalaman sebab itu lagi penting. Kecantikkan seseorang itu akan semulajadi terserlah kalau dalaman dia pun cantik. Dan, kalaupun nak cantikkan luaran, bagi aku kecantikkan itu hanya boleh dilihat bagi orang yg sepatutnya sahaja.

Sekarang ni pun macam macam fesyen keluar. Bukan tak boleh berfesyen, boleh. Sedangkan aku sendiri pun naklah jugak berpesen pesen ni. Tapi aku akan cuba berubah menjadi yg lebih baik. Ikut peredaran semasa tapi tetap mengikut syarak Islam. Yalah, kalau kita tengok pun ada yang pakai tudung tapi baju lengan pendek.(?)Ni mungkin kita biasa tengokla. Ada jugak yang bertudung tapi lehernya nampak. Just tutup kelapa je. Eh, kepala. Apakah? Adakah kain selendang tu just dijadikan macam cekak rambut atau pin rambut je? Seriously, dekat tempat aku belajar ada satu student ni pakai shawl lilit lilit atas kepala tapi lehernya terdedah. Dah macam hape je aku tengok. Dia ingat shawl tu hairband ke hape? Udahla pakai macam gitu, kerek semacam pulak tu! Tapi takpelah, mungkin dia taktahu batas batas aurat kott. uhuhu.

Ada lagi nih. Hari tu time puasa, aku dengan kawan kawan pergi bazar ramadan sekitar sg petani. Adalah sorang perempuan ni, aku rasa dia pakai pakaian kerja dia kot. Pakai tudung elok, baju kemeja elok. Tapi yang tak eloknya, dia pakai skirt atas lutut and then pakai leggings. Lets imagine (?) Hah, what the what what? Legging tu semua orang sedia maklum, ketatnya bukan main, nipisnya pun jangan main main! HAHA T__T

Itulah, mungkin ramai yang belum sedar betapa pentingnya menjaga aurat. Aku pun bukanlah sempurna sangat. Pernahla jugak pakai baju lengan panjang tapi disinsing naik ke atas. Teruk jugak aku ni ehh? Tapi aku akan berubah and nak sangat berubah. huhu. Cuba renungkan hadis hadis kat bawah ni.

-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).

-”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

-”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).

Jomlah kita sama sama berubah. Dunia pun dah tua. Marilah kita mengutip pahala untuk bekalan akhirat nanti dan kurangkan dosa yg kita buat walaupun dengan tidak sengaja. Eh, belum habis lagi nih. HIHI T__T Emm, haritu aku ada buat research untuk assessment. Kitorang buat research pasal Fashion Hijab Should be Banned. Berani betul padahal aku sendiri pun pakai shawl terbelit belit. HAHAH ;) Dalam tengah buat research tu, kitorang adala jumpa article yang mengatakan bahawa, pakai baju inner yang kite selalu pakai tu pun tak boleh. Sebabnya, benda tu kan ketat, jadi dia tidak menutup aurat sebaliknya hanya membalut aurat. Kalau dah membalut, thats mean, bentuknya tetap nampak kan? Itu kalau siapa2 yang pakai dengan baju lengan pendek la. Ada jugak yang pakai dengan singlet. uhuhuu. No comment, no offense :)

Dan yang paling hot sekarang ni pasal Sanggul Unta. Unta, unta, kau pun ada orang nak jadikan trend ekk? HUHU. Memangla cun meletup kebaboom bila pakai macam tu. Tapi itu pandangan org perempuan. Apa pulak pandangan orang lelaki. Dah sah sah diorang fikir lain. Cuba baca hadis dibawah.

“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-





Cantik bebenau! Tapi ada gunung atas kelapala pulakk!

SUMBER : Google

Ya, ada lagi. Sorryla, entry kali ni panjang sikit. Kalau malas baca, pi main masak masak ;)
Hmmm, ada jugak yang berlumba lumba nak jadi model dalam majalah lah, dalam online lah itulah inilah. Bagi aku, bukannya famous mana pun kalau macam gitu. Ada jugak yg jealous tengok kawan kawan dia semua dah jadi model(?) Masuk dalam majalah mungkin ada yg sebab memang hobi dia atau suka suka atau ada yang sebab to tell the world yg wow! dia masuk majalahlahh! huhuu. Fesyen sekarang pun pelik jugak. Skirt panjang tapi yg jenis getah tu, of coursela ketat kan, pakai pulak dengan baju tuck-in. Baju masuk dalam. Kalau orang kurus melidi bolehlah kot. Macammana kalau orang yang berisi, gebu? huuhuuu. Dah sah sah, bahagian TUUT! tu ketara. Fine. No Offense again. Em, ada satu hari tu, aku pergi TS jalan jalan. Tengah berjalan tu boleh pulak aku nampak sorang mamat ni dengan DSLR dia punyalah besar gedabak shoot gambar Ah Moi yang pakai seluar pendek atas paha. Ketara pulak tu, tengah tengah orang ramai ni beb! Serius takut, doe (gaya Boboi) Lelaki zaman sekarang ni macam macam. Kadang kadang tuh, diorang pandang ekau bukan sebab cantik, tapi pandang lain. Paham paham jelahh. Lagi satu, dalam Facebook, macam macam gambar kita upload kan? Posing gitu, posing gini. Kadang kadang kita tak perasan pun ternampak rambut ke? ternampak lengan ke? kaki ke? atau mana mana auratlah. Posing pulak, posing maut gitu! Even pakai tudung, posing menggoda pun tak boleh jugak kan? Sebab camana kalau lelaki bukan muhrim tengok? Entah entah dia save gambar tu, dia buat apa pun kita taktahu.

Okayy, terluah sudah segala yg berkumpul dalam kepala ni. Sama samalah kita berubah demi kebaikan masing masing. Jangan terlalu taksub untuk nampak cantik, kelak kita yg merana. #apesalayatakukaliniskemasemacamje?ahlantaklah. T__T Aku pun akan cuba untuk berubah to be a better me :)

#Stop calling yourself hot. The only thing you turn on is a Microwave! Sebetulnya, neraka is even hotter!
#Entry ini tidak ada kena mengena dengan Selena Gomez mahupun Justin Bieber.
NoOffenseAgain :)
GRACIAS

10 juri jemputan, 1 juri tetap (Comment here):

susulemakmanis said...

nice entry dear!

sliceofhappiness said...

betol sgt2.. nice one! :)

Fasya said...

thankss for supporting my point dear !! :)

FadzMeera said...

nice one..
tgh b'usaha mnjadi muslimah sejati..amin :)
thnx for sharing :)

Fasya said...

@FadzMeeragood good! hihee ;)

kepochicomel said...

mcm mcm bentuk tudung skrg,sebab tu pky tudung jadi fesyen bukan kewajipan :)

Fasya said...

@kepochicomelyeapp! thats true :)

shark said...

naseb baek my lil sister x camni..
ehehe

[ wanni ] said...

nice~ ringkasnya, janganlah bersanggul-sanggul tinggi sangat.. kan :)

Salam perkenalan ~

Fasya said...

@[ wanni ]betul tu dan pakailah pakaian yg menutup aurat :D

 

100% Harta Benda dalam Blog ini adalah bukan SelenaGomez punya.