02 February 2012

Bubur Nasi

Assalamualaikum :)

Ini bukan entri review bubur McD ya. Sesiapa yang berharap aku berbuat demikian, baiklah kamu Google dan tulis 'Bubur Ayam McD' :D

Cakap pasal bubur nasi ni, aku tak tahulah. Dah jadi macam 'Wajib Tambah Berulang Kali' bila makan Bubur ni. Lebih lebih lagi kalau panas panas, pedas pedas, ada ikan bilis goreng memang perghhh! la aku cakap. HAHAHA. Tambah pulak dengan sambal kicap. Memang aku tambah bukan setakat 2 kali, berkali kali jugak la :P Sebabnya, makan sepinggan dua pun bukannya kenyang sangat pun kan.

Gambar Google mehehehe


Baiklah, aku bagi jugaklah resipi Bubuq Nasi ni. Meh tengok sat, pastu kita apply! :D

Bahan-bahan ( 3 orang makan ):

1 cawan beras
3 cawan air
1 kotak santan kecil
Daun sup
Serbuk lada hitam
Daging/ayam hancur
Garam Sesodap rasa

Cara-cara :

1. Masak 1 cawan beras tadi dengan 3 cawan air.
2. Bila beras dah jadi kembang masukkan daging/ayam hancur tadi.
3. Kemudian masukkan santan,sedikit garam dan serbuk lada hitam.
4. Setelah semuanya sebati masukkan daun sup kacau dan tutup api.
5. Enak dimakan semasa masih panas lagi !

*Kalau nak lagi sedap, goreng ikan bilis, dan buat sambal kicap! Lazat hingga menjilat pinggan sudu dan garpu :D

Dah masak nanti jangan lupa pos laju kat aku tau! HEHE :D
GRACIAS

7 juri jemputan, 1 juri tetap (Comment here):

♥ aeryn ♥ said...

oo bestnye... :)

Munirah Shamsudin said...

Tiba-tiba je den lapar balik ;~;

jebengotai said...

try la moi sup..mau2 tambah 4-5kali juga..huhu

Fasya said...

@jebengotaimoi sup pun ok gak !

Fisha Adura said...

uwahh..sedapnyer..hehe...fisha nak try la nnti..jom ke blog fisha lak..

Natasya Naslin said...

BW sambil mnum milo =p

tup2 ad resepi bubuq nasi ni ..lapaq weyh..haha

kalau kat umah buat da ,, hoho

Fasya said...

Fisha: Tryla! makan time dia tengah panas. perghhh.. hehe

 

100% Harta Benda dalam Blog ini adalah bukan SelenaGomez punya.