28 July 2012

Salam Ramadan Al-Mubarak

Salam. Wah, lama betul tak update blog! Macam macam benda dah skip. Ini semua gara gara sikap malas la ni. Tengok tengok je dah masuk bulan puasa. Sebelum aku tengok tengok je dah masuk bulan puasa tahun depan pulak, better aku update skang. Fight the laziness! :D
Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)
Bulan Ramadan adalah bulan yg penuh keberkatan. 10 malam pertama adalah rahmat. 10 malam pertengahan adalah keampunan dan 10 malam terakhir adalah malam dimana ada satu malam yg lebih baik daripada 1000 bulan iaitu malam Lailatulqadar. Haritu aku ada tengok satu talkshow ni, ada Imam Muda Ashraf. Dia cakap, kalau kita tengok kat surau ni, malam malam awal ramadan, surau memang penuh. Bila dah akhir akhir, makin sikit pulak yg datang suraunye. Patutnya, malam malam akhir lebih lebih lagi 10 malam terakhir nilah orang kena lebihkan beribadat untuk mencari LailatuQadar, bukannya LailatulKAMDAR.
Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)
Pada bulan Ramadan nilah kita nak tingkatkan ibadat macam banyakkan baca al-quran, berzikir, bersedekah, bayar zakat etc untuk rebut ganjaran pahala.
SUNNAH SUNNAH PUASA: 1.Mengakhirkan sahur sampai akhir waktu malam, selama tidak dikhawatirkan terbit fajar. 2.Segera berbuka puasa bila benar-benar matahari terbenam. 3.Memperbanyak amal kebaikan, terutama menjaga shalat lima waktu pada waktunya dengan berjamaah, menunaikan zakat harta benda kepada orang-orang yang berhak, memperbanyak shalat sunat, sedekah, membaca Al-Qur'an dan amal kebajikan lainnya. 4.Jika dicaci maki, supaya mengatakan: "Saya berpuasa," dan jangan membalas mengejek orang yang mengejeknya, memaki orang yang memakinya, membalas kejahatan orang yang berbuat jahat kepadanya; tetapi membalas itu semua dengan kebaikan agar mendapatkan pahala dan terhindar dari dosa. 5.Berdo'a ketika berbuka sesuai dengan yang diinginkan. Seperti membaca do'a : "Ya Allah hanya untuk-Mu aku berpuasa, dengan rezeki anugerah-Mu aku berbuka. Mahasuci Engkau dan segala puji bagi-Mu. Ya Allah, terimalah amalku, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui " 6.Berbuka dengan kurma segar, jika tidak punya maka dengan kurma kering, dan jika tidak punya cukup dengan air.
Plus, biasanya kalau orang nak cari gaduh dengan kita, kita cakap dalam hati, 'Sabar jelahh' right? Tapi bila kita berpuasa adalah sunat untuk kita cakap kat orang tu, 'Sesungguhnya aku sedang berpuasa'. All right, sampai sini dulu entri aku kali ni. Jumpa lagi puasa tahun depan. Wakaka :D

GRACIAS

0 juri jemputan, 1 juri tetap (Comment here):

 

100% Harta Benda dalam Blog ini adalah bukan SelenaGomez punya.