31 January 2013

Community Service: Rumah Anak Yatim Siti Khadijah

Assalamualaikum.

 Haiii lama benau rasanya tak update blog. Last, mase bulan puasa haritu. Makanya, byk cerita cerita yg dah basi yg bakal dihidangkan. mihmihmih. Cerita pasal community service ni pun dah lama sebenarnya, tak silap masa bulan 12 tahun 2012. Skarang dah? bulan February 2013. Eh, tapi takdela lame benor ye dak. mihmihmih. Ada cerita yg lagi lame benor. Nanti nooo.

 Sebenarnya, aktiviti community service ni atau dalam bahasa ibunda kita panggil khidmat masyarakat ni dianjurkan oleh Kelab Khidmat Masyarakat, UiTM Shah Alam. Akan tetapi, aku bukanlah salah seorang ahli kelabnya. Aku hanyalah orang yg berkokurikulumkan Kelab Olahraga. Hah, nampak tak jauhnya perbezaan jenis kelab disitu? Nampak tak? Nampak tak? Walaupun, aku berkelabkan Kelab Olahraga, akan tetapi, aku bukanlah seorang yg ganas *tetiba*. Nak dijadikan cerita disini, housemate aku yg ajak join aktiviti ni. Sebab diorang berkokurikulumkan Kelab Khidmat Masyarakat. Jadi, dah ada peluang, maka aku pun joinlaa. Disamping itu dapatlah aku menambah markah Kemahiran Insaniah (KI). KI tu hape? Kalau adik adik (bukan adik-adik auu auu u know what i mean)taktau, nanti dah masuk U, engkorang akan tahu hokayy. KI tu extra marks for extra koko kata ko. Dan itulah introduction sebelum kite sambung ke main story. wkwkwkwk.

 Kedatangan kami disini adalah untuk cheer up the anak-anak yatims selain sebagai aktiviti wajib untuk kelab. Banyakla aktiviti-aktiviti yg diorang sediakan. Setiap mereka yg join (student) akan conduct aktivit masing-masing. Aku takdela conduct sbb aku peserta luar yg volunteer join. Hikhikhik. Makanya, aku n mereka yg join secara relahati hanya mampu membantu apa yg patut dibantu.



Muka macam nak carik gaduh walhal tidak sama sekali aduinye pun. Haha. Ini masa baru nak naik bas masa nak bertolak. Bas hanya sebuah sahaja disertai seramai 20++ orang pelajar bersama seorang pensyarah iringan disertai seorang pemandu bas berwibawa tanpa pemandu gantian kerana jaraknya bukanlah dari Shah Alam ke Kelantan. Hanya dari Shah Alam ke Klang. Wah, nampak tak dah macam karangan budak PMR kan kan kan. Nampak tak? Nampak tak? -,- Eh tapi maaf kepada pemilik perut berbaju hijau dibelakang yg disyaki pemandu bas kerana secara tidak sengaja ternampakkan perutnya. Maaf.


Setelah sampai. Bas Rengit menjadi medium pengangkutan kami. (tulun jangan gelak dgn nama bas ni. Tulun)



Bersama warga warga penghuni rumah anak yatim Siti Khadijah. Rumah anak anak yatim ni adalah sebuah rumah banglo 2 tingkat and penghuninya campur laki laki dan perempuan. Dan kebanyakannya, masih ada ibu tapi takde bapa. So, ibu ibu mereka tinggalkan mereka kat sini masa ibu ibu mereka pergi kerja dan lepas balik kerja, akan amik anak mereka. At first, aku ingat, budak budak ni tinggal kat sini, rupanya ohh masih ada ibu :) 




Ni masa lepas habis aktiviti. Semua anak-anak yatim ni dapat hadiah and hamper. Diorang ni semua sporting habes kata ko. (Find me ngehehe)



Teka tekaa kerusi ni untuk ape? Yeap betul tu. Untuk kenduri kahwin. Hahak. Ni untuk aktiviti musical chair.


Nak dijadikan cerita, housemateku conduct aktiviti senamrobik yakni aktiviti pertama dan aku adalah antara partner dia yg kena conduct jugak. Saban malam hoi berlatih. Ada 3 lagu taksilap. Demi Matahari, Chicken Dance ngan Oppa Gangnam Style. Lagu Oppa Gangnam Style tu kitorang teragak agak jugak nak buat sebab takut macam tak sopan pulak kann. Tapi, kalau tak buat, tak gempak pulak kann. Makanya, kitorang buat jugak tapi dalam versi sopan giteww. Hewhewhew. Tapi nak dijadikan cerita, lepas habes buat semua aktiviti, budak budak rumah Siti Khadijah ni hidangkan kitorang semua dengan tarian Oppa Gangnam Style yg lebih advance kata ko! Siap gelek lagi uolls. Kitorang ni ye ye je ragu ragu nak buat ke tak OGS ni, rupanya diorang lagi advance siap pernah masuh pertandingan lagi hah. Foineee.


Ini time lagu Demi Matahari lettew.


Ni aktiviti baling belon tapi jangan sampai pecah. Aku main sebat je selipar jepun sape entah. Hehe. Malas nak pakai kasut kena ikat bagai pastu kena bukak balik. Mihihihihi.


Sebenarnya sebenarnya sebenarnyaaa, nak bagitau nih. Banner ni kann em emm emm aku yang design. Hehehehe *gelak malumalu*. Guna photoshope. Housemate aku yg in-charge benda nih tapi aku yg design then, diorang printkan dan hasilnyaa, jengjeng! Jadilah banner kat atas nihh :)


Yeah, bawah ni, housemate tersayang :) See da nametag! K. Fasya, K. Azlina, K.Yus.



With part of themmm :D



Orang semua kat dalam, aku berphotoshoot kat luar. hmm




Al-quran yang disusun rapi. Eh, aku pelik, lupa pulak nak tangkap gambor luar rumah nih. 


Anyhow, best pergi sini :) Antara aktivti yg diconduct adalah senamrobik, kelas bahasa inggeris, game musical chair, kuiz, belon dan macam macam lagilah. Masak pun kitorang yang handle. Lepas habes semua ni, semua pakat gotong royong kemas balik rumah tu.

Sesiapa yang nak melawat ke, nak sedekah ke, bolehlah datang sini tapi kenalah call dulu yo. Rumah ni kat Meru, Klang. Aku ada contact number pemilik rumah ni tapi macam tak patut pulak nak tayang kat sini kan. Mihihihihi. Kbai.

 Wassalam.
GRACIAS

6 juri jemputan, 1 juri tetap (Comment here):

Amanina said...

fuhh setelah lama tak berupdate. heheh, "Bas Rengit" hehehe. *tak gelak ni kak :D

Fasya GD said...

amanina: heheh. dah macam bunyik hangit pulak kan. Hahaha. Tapi bas tu mmg amik student uitm selain bas uitm sendiri :)

nadiah mazli said...

done follow..follow back

NurainSuperr said...

wahh bestnya aktiviti dia :)

Puteri Afiqah said...

seronoknya :)
hihi.. teruskan mengupdate yer :)

pengasas said...

Jazakalah Khairan Katsiran.
Tq so much fr cheering my kids.
Fr info.
60ank yatim -40 gals & 20 boys.
Only 30 gals stay in house n e resr stay nearby in meru. But when anytime theres an event or tusyen all the kuds participate.

Plz visit my kids n Clik On
www.bksk.org.my

Pengasas BKSK.

 

100% Harta Benda dalam Blog ini adalah bukan SelenaGomez punya.