02 March 2013

Maggi Mamee Chef





Dah pernah try Maggi Mamee Chef? Anda patut cuba sekarang! Maggi ni lain dari yang lain. Kuah tak cair cam Maggi biasa, pekat sikit. Perencah dia pulak, bukan setakat serbuk dengan minyak tu je, dia ada tambah extra sayur kering ngan udang kering kecik kecik. Aku dapat tau kewujudan Maggi ni mase tengok Malaysia Hari Ini. Chef Tak Ingat Namanya ada buat demo pasal Maggi ni dan aku sebagai rakyat Malaysia yg mudah terpengaruh, mulalah memulakan operasi pencarian Maggi ini. Tidaklah sesusah mana mencarinye pun, ada je kat Pasaraya Grand Union dekat dekat dengan rumah aku. Kat Tesco tak carilah pulak. Harga dia dalam 5 ringgit lebih. Bolehlah kot untuk student yg duit PTPTN atau JPA baru masuk beli. Heheh. Kalau tengah sengkek, tak cari kot Maggi ni, cari cap lain kot T___T

 Dah lama sebenarnya aku tak makan Maggi. sobs sobs. Ni pun sebab aku kat rumah cuti sem maka, bolehlah makan. Bukan apa, aku sekarang tak duk kolej, duk luar. Jadi, bila difikirkan kos untuk membeli telur 10biji dimasak bersama nasi putih dan dimakan selama seminggu lebih jimat dari membeli sepeket Maggi malah lebih khasiat! Kalau duk kolej lain cerita, mana boleh masakkk iyakan dong? Jadi, Maggi akan menjadi sasaran utama student untuk dibaham. wahh. Hmm, setakat ni aku baru jumpa perisa Tom Yam Yam Yam. Perisa lain belum jumpa lagi. Eh, ke dia memang 1 perisa je? Eh, ke perisa lain belum wujud lagi? Eh? Eh? Entah.



The udang dan sayur!

The perencah!

The Maggi! Bulat woo

Zizan Razak as Duta Mamee! 

GRACIAS

9 juri jemputan, 1 juri tetap (Comment here):

twinkle twinkle said...

waaa,,menariknyaa,,rasa nak balik malaysia rasa T.T

Puteri Afiqah said...

waa.. macam sedap je :)

dyayusof said...

tetibe lapa maggi pepagi ni.. huhu

sha (chirp chirp) said...

yeke best. sbb tgk udang dia mcm keras. kena cuba lepas ni. kihkih

DTira said...

aik memang skali ea udang tu?

aisya said...

siap ada udang dan sayur lagi tu.. :D

Ayu Zan said...

wah! harus cuba ni.

twinscraftlife said...

안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

Fasya Mokhidin said...

@DTira yup. Skali udang ngan sayur tu :)

 

100% Harta Benda dalam Blog ini adalah bukan SelenaGomez punya.